PAHARUDIN INDUSTRIES SDN BHD adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1989 oleh En. Paharudin Mat Yatim. Terletak dalam lingkungan 70km dari Selatan Ipoh dan 15km dari Teluk Intan, Perak. Kilang ini dilengkapi dengan pelbagai mesin dan kemudahan pertukangan. Dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Perabot Paharudin Sdn Bhd sebelum pertukaran nama dibuat pada Ogos 2006 sejajar dengan perkembangan syarikat.
|